Nov 21, 2011

Teka-teki

                                          



Marilah berteka-teki apa yang kita belajar pada minggu seterusnya?

TIPS! sayur-sayuran

1.  Badannya merah,
     mukanya cantik,
     jika makannya,
     pedas rasanya.

2. Jauh lihat seperti pokok,
    dekat lihat seperti cendawan,
    tetapi bukan kedua-duanya,
    warnanya hijau.

3. Dia panjang,
    dia kurus,
    warna jingga,
    rasa manis.

4. Badannya bulat,
    warnanya merah,
    rasanya manis,
    campur sedikit masam.

5. Dia suka bungkus diri sendiri,
    bermula dari luar ke dalam,
    skirtnya memang cantik,
    kerana berlapis-lapis.

*Jika hendak menyemak jawapan, sila pergi "bacaan" atau "latihan". ;')

Mari kita nyanyi sekali~~~

Mari kita sama belajar,
Mari kita sama belajar,
Tema minggu ini,
Kita belajar apa,
Kita  sama belajar " HAIWAN".

(Lagu : If you happy and you know it.)


                                     

Nov 6, 2011

Tema seterusnya~~~ Bunga

Sila tunggu! Tema seterusnya akan datang! ;')

                         

Tema minggu ini~ buah-buahan

Marilah kita belajar buah-buahan! Sila pergi tekan " bacaan" dan "latihan" untuk selanjutnya.

 

Oct 2, 2011

Share this website...so fun!TRY~~

http://www.teachingideas.co.uk/

berkongsi idea mengajar

Biasanya, murid-murid cepat berasa bosan kalau p & p kami tidak menarik dan hanya belajar melalui papan hitam dan buku latihan sahaja. Oleh itu saya di sini ingin berkongsi idea-idea mengajar dan berharap cikgu-cikgu / pelawat-pelawat boleh memberi komen juga! ;')