Dec 8, 2011

Apakah tema minggu ini?

Marilah mengagak gambar yang berikut adalah berkaitan dengan tema???







Nov 29, 2011

Tema minggu ini~ Serangga

Cerita yang bertajuk " Rama-rama dan lebah".
           
             Rama-rama dan lebah ialah sepasang kawan yang baik.
             Pada musim bunga, lebah sangat sibuk untuk mendapatkan madu. Rama-rama hanya bermain dengan pepatung sahaja. Lebah menasihatkan kawan baiknya :" Hei, kawanku! Kenapa anda tidak pergi mendapatkan madu? Hanya bermain dengan pepatung sahaja? Nanti musim sejuk datang, anda akan susah hidup dan laparlah."
            Rama-rama berkata:" Hei, kawanku! Saya berasa sekarang pergi mendapatkan madu memang membazirkan masa untuk musim bungalah. Musim sejuk masih lama lagi. Kenapa anda tidak mahu bermain sama dengan kami? Madu? Makanan? Tidak ada masalah, nanti musim sejuk datang baru pergi carilah. Mari, kawanku, sama bermain di sini! Seronoknya!"
           Lebah menolak undangan rama-rama dan meneruskan kerjanya kerana dia hendak menyimpan lebih madu untuk bersedia musim sejuk datang.
           Musim sejuk sudah datang. Lebah berehat di rumahnya dengan seronoknya kerana dia sudah bersedia banyak makanan. Lebah menikmati madunya dengan hati yang bersyukur.
          Sebaliknya, rama-rama sangat kasihanlah...kerana dia asyik bermain dengan pepatung dari musim bunga sampai musim sejuk, dia langsung tidak ada simpan makanan untuk persediaan musim sejuk datang. Selain itu, rama-rama juga berasa sejuk kerana pada masa kini dia terpaksa keluar mencari makanan.
         Di pertengahan jalan, rama-rama ternampak mayat lalat dan nyamuk. Dia baru sedar lalat dan nyamuk juga merupakan serangga yang malas untuk mencari makanan dan membina rumah diri sendiri. Mereka asyik suka bergantung kepada rumah manusia sahaja. Oleh itu, semasa musim sejuk datang, mereka tidak boleh tahan kesejukan serta kelaparan dan mati terus di luar...
        Rama-rama berasa sangat takut dan kesal kerana dia tidak mendengar nasihat lebah. Dia terus menangis dan takut diri sendiri juga akan mati. Nasib baik, lebah ternampak rama-rama merayau-rayau di luar rumahnya. Lebah cepat-cepat keluar dan mengajak rama-rama masuk ke rumahnya dan memberi madu kepada rama-rama. Rama-rama berasa malu dan sangat berterima kasih kepada lebah. Rama-rama berjanji dengan diri sendiri dan kepada kawan baiknya, dia tidak akan malas lagi untuk mendapatkan makanan pada musim bunga yang akan datang.
      Lebah berasa gembira dan bertemu janji dengan rama-rama pada musim bunga yang akan datang, mereka bersama-sama pergi taman bunga untuk mendapatkan madu.
                                                   

Nov 21, 2011

Teka-teki

                                          



Marilah berteka-teki apa yang kita belajar pada minggu seterusnya?

TIPS! sayur-sayuran

1.  Badannya merah,
     mukanya cantik,
     jika makannya,
     pedas rasanya.

2. Jauh lihat seperti pokok,
    dekat lihat seperti cendawan,
    tetapi bukan kedua-duanya,
    warnanya hijau.

3. Dia panjang,
    dia kurus,
    warna jingga,
    rasa manis.

4. Badannya bulat,
    warnanya merah,
    rasanya manis,
    campur sedikit masam.

5. Dia suka bungkus diri sendiri,
    bermula dari luar ke dalam,
    skirtnya memang cantik,
    kerana berlapis-lapis.

*Jika hendak menyemak jawapan, sila pergi "bacaan" atau "latihan". ;')

Mari kita nyanyi sekali~~~

Mari kita sama belajar,
Mari kita sama belajar,
Tema minggu ini,
Kita belajar apa,
Kita  sama belajar " HAIWAN".

(Lagu : If you happy and you know it.)


                                     

Nov 6, 2011

Tema seterusnya~~~ Bunga

Sila tunggu! Tema seterusnya akan datang! ;')

                         

Tema minggu ini~ buah-buahan

Marilah kita belajar buah-buahan! Sila pergi tekan " bacaan" dan "latihan" untuk selanjutnya.

 

Oct 2, 2011

Share this website...so fun!TRY~~

http://www.teachingideas.co.uk/

berkongsi idea mengajar

Biasanya, murid-murid cepat berasa bosan kalau p & p kami tidak menarik dan hanya belajar melalui papan hitam dan buku latihan sahaja. Oleh itu saya di sini ingin berkongsi idea-idea mengajar dan berharap cikgu-cikgu / pelawat-pelawat boleh memberi komen juga! ;')

Sep 25, 2011

嗨!我成功了!

哈哈!我终于成功开到blog了!
但还是有很多东西不会...。