Nov 21, 2011

Teka-teki

                                          



Marilah berteka-teki apa yang kita belajar pada minggu seterusnya?

TIPS! sayur-sayuran

1.  Badannya merah,
     mukanya cantik,
     jika makannya,
     pedas rasanya.

2. Jauh lihat seperti pokok,
    dekat lihat seperti cendawan,
    tetapi bukan kedua-duanya,
    warnanya hijau.

3. Dia panjang,
    dia kurus,
    warna jingga,
    rasa manis.

4. Badannya bulat,
    warnanya merah,
    rasanya manis,
    campur sedikit masam.

5. Dia suka bungkus diri sendiri,
    bermula dari luar ke dalam,
    skirtnya memang cantik,
    kerana berlapis-lapis.

*Jika hendak menyemak jawapan, sila pergi "bacaan" atau "latihan". ;')

No comments:

Post a Comment